COMMANDER'S WORD | KOR SUKARELAWAN SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM
» MANAGEMENT » COMMANDER'S WORD

COMMANDER'S WORD

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke laman web rasmi Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Putra Malaysia. Saya selaku Komandan Kor SISPA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga institusi, pihak pengurusan, para pegawai, jurulatih serta para kadet yang sentiasa komited dalam memperkasa dan menjayakan pelaksanaan Kor SISPA di institusi ini.

Kor SISPA merupakan sebuah pasukan beruniform yang berperanan penting dalam membentuk jati diri, disiplin, kepimpinan serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa. Melalui latihan yang berstruktur dan program yang dirancang secara sistematik, para kadet bukan sahaja didedahkan kepada kemahiran asas pertahanan awam, malah dilatih untuk bersedia menghadapi pelbagai situasi kecemasan, bencana serta aktiviti khidmat masyarakat. Penglibatan dalam Kor SISPA juga mampu membina ketahanan mental dan fizikal, di samping memupuk nilai tanggungjawab serta kerjasama berpasukan yang tinggi.

Seiring dengan aspirasi institusi dan negara, saya menyeru agar semua kadet terus mengekalkan semangat, disiplin serta integriti dalam setiap latihan dan program yang disertai. Semoga Kor SISPA Universiti Putra Malaysia terus berkembang maju, menjadi pasukan yang berwibawa, berdaya saing serta sentiasa bersedia berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Akhir kata, diharap dengan tersedianya laman sesawang rasmi Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) UPM ini, penyaluran maklumat dan keterlihatan pasukan ini akan lebih terserlah di segenap UPM khususnya dan di IPTA umumnya. Amin.. 

Sekian, terima kasih.

“Sedia, Pantas dan Berintegriti.”

Saya yang menjalankan amanah,

PPj Kehormat (PA) Prof. Dr. Zamberi Sekawi           

Updated:: 11/02/2026 [m_khairul]

MEDIA SHARING

X, (02:41:50pm-02:46:50pm, 23 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]