Kor SISPA UPM merupakan salah satu pasukan beruniform yang ada di Universiti Putra Malaysia selain daripada PALAPES dan Kor SUKSIS.
Dahulunya, Kor SISPA UPM hanya menggunakan sistem platun untuk membezakan kelompok kadet mengikut sesi pengambilan. Kini, sistem kompeni juga telah diterapkan bagi mendidik sikap saling mengenali antara kadet walaupun berbeza platun.
Keunikan pasukan beruniform ini adalah ia lebih menjerumus kepada elemen kesukarelawanan di samping mempelajari modul-modul yang telah ditetapkan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Selain daripada itu, Kor SISPA UPM juga menjadikan progam Mobiliti satu aktiviti tahunan bagi kadet-kadet mengambil pengalaman dan menimba ilmu baharu berkaitan kursus di luar bumi Malaysia. Keterlibatan dalam badan beruniform ini memberi peluang untuk kadet membina kerjaya dalam APM setelah ditauliahkan.