Marilah kita semua Bergading bahu mengembleng tenaga Berbakti dalam Pertahanan Awam Untuk bangsa kita Padukan jiwa dan raga Sedia berkorban apa saja Memberi dengan ikhlas khidmat mulia Negara tercinta
Malaysia bumi yang bertuah Kami sungguh bangga menjadi warga setia Penuh azam dan tekad bersama Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya
Kita sentiasa bersedia Menjunjung wawasan semua Ke arah hidup aman dan sentosa Malaysia Jaya