PROGRAM SUKAN FAKULTI PERTANIAN (SUKPER) UPM 2026 | KOR SUKARELAWAN SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM
» BERITA » PROGRAM SUKAN FAKULTI PERTANIAN (SUKPER) UPM 2026

PROGRAM SUKAN FAKULTI PERTANIAN (SUKPER) UPM 2026

PROGRAM SUKAN FAKULTI PERTANIAN (SUKPER) UPM 2026

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA - 18/1/2026 (Ahad) - Seramai 6 anggota Kor SISPA UPM telah bertugas sebagai anggota pertolongan cemas bagi hari kedua Program Sukan Fakulti Pertanian (SUKPER) UPM dan dipantau oleh 1 Jurulatih Kor SISPA UPM. 

Pada hari kedua program ini, sebanyak 2 jenis permainan telah berjalan serentak iaitu perlawanan bola jaring dan futsal. Program ini telah bermula pada jam 0800 sehingga jam 1845 dengan anggaran peserta keseluruhan seramai 200 orang. 

Untuk makluman, seramai 17 peserta telah menerima pertolongan cemas bagi sesi pagi dan 13 peserta bagi sesi petang. 2 peserta telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) bagi rawatan lanjut.

Diharapkan agar pengalaman sebagai anggota pertolongan cemas dapat memberikan motivasi kepada anggota Kor SISPA UPM untuk mempersiapkan diri dengan lebih sempurna melalui latihan yang berterusan.

Sekian, terima kasih.

EXCO MULTIMEDIA
MAJLIS PERWAKILAN KADET
KOR SISWA SISWI
PERTAHANAN AWAM
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SESI 2025/2026

#KorSISPAUPM
#SiapSiaga
#sediapantasberintegriti

Tarikh Input: 20/02/2026 | Kemaskini: 20/02/2026 | m_khairul

PERKONGSIAN MEDIA

KOR SUKARELAWAN SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
X, (05:47:07pm-05:52:07pm, 26 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]